Sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang tidak berguna

Ada seorang budak ni, pelajar sekolah menengah.. Nama dia Azri. Mak dia takde sebelah mata. Jadi, bila ada hari terbuka sekolah ke.. Atau apa2 hari yang ibubapa kena datang sekolah, dia malu kawan2 dia nampak ibu dia macam tu.. Ibu Azri tetap bersabar dengan karenah anaknya itu..Azri ni dia budak pandai kat sekolah.. Selalu dapat keputusan yang baik.. Waktu SPM, Azri dapat keputusan yang sangat cemerlang.. Ibu Azri bangga dengan Azri tapi Azri tak bangga dengan Ibu dia.. Pabila dah pandai, Azri pun dapat kerja yang baik.. Dia jadi boss kat syarikat barangan elektronik terbesar kat Malaysia.. Azri ni rumah dia besar.. Banglo 2 tingkat.. Suatu hari, ibu Azri datang ke rumah Azri untuk melawat Azri.. Sepatutnya anak yang melawat si ibu, bukan si ibu yang datang melawat anak.. Ibu Azri ni tau rumah Azri dekat mana sebab Ibu Azri selalu menelefon Azri untuk tahu perkembangan anaknya.. Waktu Ibu Azri dah sampai rumah Azri, Ibu Azri tekanlah loceng.. Azri ni tak tau pun yang Ibu dia nak datang.. Sekali yang keluar isterinya.. Waktu ni first ibu Azri jumpa isteri Azri.. Waktu kahwin Azri ni tak bagitau pun ibu dia.. Tau2 dah kahwin dah.. Lepas tu, ibu Azri tanyalah kepada isteri Azri tadi..

“Nak Azri duk sini kan?”

“Ye, makcik.. saya isteri dia.. Makcik ni siapa ya?” jawab si isteri

“Saya ibu Azri, saya datang nak melawat dia ni..”

“oh ye ke.. Eh, Azri cakap yang ibu dia dah meninggal”

“Haa??? MasyaAllah.. takpe2 tolong panggilkan Azri..”

Isteri Azri pun masuklah dalam rumah untuk panggil Azri.. Azri pun keluar.. Terus ibu Azri memanggilnya..

“Azri……………”

“Siapa kau?!” tanya Azri dengan nada yang marah padahal dia tau yang itu ibunya. Cuma Azri taknak yang isterinya yang itu ibunya.

“Ni ibu Azri…….” jawab si ibu dengan nada yang perlahan dan hampir menangis.

“Ibu aku dah mati!” tengking Azri.

Ibu Azri pun pulang ke kampung dengan linangan air mata.. Ibunya pergi ke rumah Azri dengan dengan menaiki teksi.. Kos naik teksi dah la mahal..Bila sampai rumah si anak, ditengking pula.. Itulah nasib ibu Azri ini yang hanya ada seorang anak.. Suami ibu Azri sudah lama kembali ke Rahmatullah sejak Azri berumur 4 tahun lagi akibat dilanggar kereta besar ketika ayah Azri menaiki motosikal untuk ke surau bagi mengerjakan solat Maghrib..

Teksi yang ibu Azri naik untuk pulang ke rumah memberhentikan ibu Azri di sebuah perhentian bas. Ibu Azri perlu melintas jalan dari perhentian bas tadi untuk sampai di rumah usang ibu Azri.. Ketika melintas, sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) datang dari sebelah kiri meluru laju entah apa yang dikejarnya.. Kenderaan itu melanggar ibu Azri sehingga ibu Azri kembali ke rahmatullah di situ juga..Apabila Azri mendengar berita tentang pemergian ibu kandungnya itu, Azri tidak kisah pada mulanya..

Sebenarnya ketika di dalam teksi dalam perjalanan pulang.. Ibu Azri ada menuliskan surat untuk anaknya, Azri.. Apabila kemalangan yang berlaku, surat tersebut berada dalam beg tangan ibu Azri.. Pihak bertanggungjawab yang terjumpa surat itu terus memberikannya kepada Azri, Surat itu bertulis,

“Anak kandungku Azri,

Ibu harap Azri ok je kat sana, jaga diri baik2.. ibu tau azri malu sebab mata ibu.. tapi kalau azri nak tau, waktu azri baru dilahirkan, mata kanan azri tak dapat nak berfungsi, jadi masa tu ibu buat kata putus nak bedahkan mata ibu ni letak kat mata azri, jadi doktor masa tu pun setuju, tu lah sebenarnya mata ibu cam ni.. semoga azri dapat gunakan mata tu pada kebaikan..

assalamualaikum.”

Ketika Azri membaca surat tersebut, Azri menangis teresak-esak, kelihatan kesan air mata Azri jatuh pada surat tersebut.. Azri menyesal, baru dia tahu yang ibu dia dah banyak berkorban untuk dia, tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.. sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang tidak berguna…

sekian.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s